Mengatasi masalah komputer
Apabila didapati komputer anda tidak berfungsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengenali punca masalah. Mengenalpasti masalah komputer mungkin berpunca dari:-
Kesilapan Sendiri.
Pengguna tanpa
disedari, merupakan satu daripada punca berlakunya masalah yang
dihadapi oleh komputer. Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri
termasuklah terlupa membuka suis atau memasukkan plug pada soket yang
salah, meletak cakera dalam pemacu cakera yang salah, menekan kekunci
(key) yang salah, kurang mahir dengan perisian (software), memberikan
arahan yang salah (incorrect command), menggunakan perisian
(software) yang telah rosak, dan beberapa perkara lain lagi.
Masalah biasa pencetak
Peralatan luaran seperti
pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah kepada operasi
komputer. Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh
menyebabkan komputer anda menghadapi masalah. Begitu juga pencetak
yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan komputer tidak dapat
mengeluarkan output yang dikehendaki.
Masalah biasa
Monitor
Kesesuaian penggunaan monitor untuk sistem komputer
yang tertentu adalah penting. Sekiranya anda menggunakan monitor pada
komputer yang tidak serasi, maka monitor anda tidak dapat membuat
paparan dengan sempurna. Jika monitor anda tidak memaparkan warna
yang sepatutnya atau skrin menjadi lebih besar dari keadaan biasa,
sila periksa samada komputer anda telah dipasangkan dengan driver
yang sesuai bagi monitor anda.
Masalah biasa hard disk
Peralatan dalaman seperti cakera keras (hard disk) juga boleh
menjadi punca kerosakan komputer. Jika cakera anda mengalami
kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh menyebabkan program
komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan menyebabkan keseluruhan
sistem komputer tidak dapat digunakan.
Sekiranya
perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca
kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa
yang rosak ialah komputer itu sendiri. Kerosakan mungkin berpunca
dari litar bersepadu (chip/IC). Dengan mengetahui Litar bersepadu
manakah yang rosak barulah boleh dibaiki komputer dengan menggunakan
peralatan khas.
