ezulhamPJB

Dec 23, 2006 at 09:15 o\clock

Salam kepada rakan2

by: ezulham_PJB   Keywords: Sekapur, Sirih

Mood: (",)

Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah

    Dalam sebuah kitab karangan Usman BinHassan Bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : " Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akall pun mengadaplah kehadapan Allah s.w.t, kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

    Kemudia Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah Aku?", lalu akalpun berkata, "Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu yang daif dan lemah."  Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :" Wahai akal, tidak Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

    Setelah itu Allah s.w.t menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!", nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud : " Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, " Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

    Setelah itu Allah s.w.t menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMu dan Kamu adalah tuhanku."

    Dalam kitab tersebut  juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu dan jangan biarkan nafsu itu mengawal kita.

JIKA NAFSU YANG MENGAWAL KITA MAKA KITA AKAN MUSNAH 


Comment this entry


Captcha

Attention: guestbook entries on this weblog have to be approved by the weblog\s owner.